Saturday 23 February 2013

SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A ( i) Tiga fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah ( ii )Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan SOALAN TUGASAN BAHAGIAN B Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Permasalahan masih wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah, sama ada dalam lisan mahupun penulisan. Daripada pernyataan di atas, anda dikehendaki: i. menghuraikan konsep tatabahasa; dan ii. menganalisis empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.



BAHAGIAN A
Pengenalan
Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia.Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".

Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersamaoleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuankepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Negara
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Melalui pendidkan, hasrat ini akan menjadi kenyataan.
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
BAHAGIAN B
Pengenalan
Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yangmendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayukhususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa.Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukanbahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.
Konsep Tatabahasa
Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidangn iaitu Morfologi. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan mankala Sintaksis ialah kajian tentang pembentukan ayat.
1.         Morfologi
Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
·         Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat atau imbuhan.
Morfem Bebas
Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya minum, cuti, sekolah, periksa
Bentuk imbuhan, misalnya:  mem, per, kan, ber dan sebagainya

Mempunyai maksud sendiri
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
Morfem terikat atau imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
·         Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
·         Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "makanan, telahan"
·         Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
·         Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT

1.2       Golongan kata
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
v      Kata nama
v      Kata kerja
v      Adjektif
v      Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata Isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik. Contoh golongan kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah:-
v  Kata nama
v  Kata kerja
v  Adjektif
v  Kata sendi
v  Kata hubung
v  Kata seru
v  Kata tanya
v  Kata perintah

·         Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
v  Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah:-
§  Ayat aktif
§  Ayat pasif
§  Ayat perintah
§  Ayat nafi
§  Ayat tanya
§  Ayat songsang
§  Ayat inti
§  Ayat gabungan
§  Ayat pancangan
§  Ayat Tunggal
Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
v  Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sebuah kereta lama (FN)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

Kesalahan Tabahasa Yang Dilakukan Dalam Bilik Darjah
1.         Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
            Contoh:
Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
            Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
            Buku-buku ini tebal. Mereka  Syimir baca. ( salah )
            Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

2.         Kata mereka tidak boleh diulang.
Contoh:
            Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
             Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

3.         Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
Contoh:
            Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
            Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
            Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
            Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

4.         Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
Salah                                       Betul
a. setengah orang                    a. setengah-setengah orang
b. tiap murid                            b. tiap-tiap murid
c. berbagai warna                     c. berbagai-bagai warna
d. kedua mempelai                  d. kedua-dua mempelai

Rumusan
Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor berimpak tinggi seperti di institusi pengajian tinggi amat perlu bagi memanfaatkan secara optimum akan upaya bahasa tersebut di samping terus membina tamadun ilmu di negara ini.

No comments: