![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5lw5M2MEQtfVOs_9_3kWMNWuf8LTwnuMJGOn-_utEezeXL8d90nchyhlYtlNdfUVhFYwcis_vUOmNqG4Jf5Kh8VVnc2WHNgRWiv8r9KmNEBZPFQQa7U5JMBPH5D0JAh3G77weME1d-D0-/s400/20121015_094651.jpg)
Murid menjalani LINUS.
Literasi merupakan keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Manakala, Numerasi adalah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik yang digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahoran asas mengira. Di samping itu juga dapat memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian mereka.
Matlamat Program LINUS merupakan celik huruf dan celik nombor. Program LINUS dibentuk dan dirancang demi penambahbaikan program sedia ada iaitu KIA2M, bagi memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira pada akhir Tahun 3 menjelang tahun 2012.
Program LINUS telah dilaksanakan di semua sekolah rendah termasuklah SK, SJKC, SJKT dan SABK. Kandungan program LINUS ini telah dipilih dan diatur agar dapat memberi pengajaran yang mencukupi kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam proses pengiraan. Hal ini secara langsungnya membolehkan murid mengikuti pembelajaran Matematik yang berkesan dan lebih bermakna.
Program saringan ini terdapat tiga peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu Saringan 1 (pada bulan Mac), Saringan 2 (pada bulan Jun) dan Saringan 3 (pada bulan September). Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun. Perlaksanaan program ini dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu, guru Matematik dan guru pemulihan.
5 comments:
Thanks for Sharing.
Penerangan yang lanjut dan jelas.
Penerangan yang lanjut dan jelas.
well done . Thanks for sharing.
Well done.Thanks for sharing.
Post a Comment