BAHAGIAN A
Pengenalan
Bahasa
Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti piawaian
ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia lebih daripada 80%
kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta
orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang,
sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia.Namun begitu, Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu".
Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar di
Sekolah
Selaras
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat
Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersamaoleh
semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah
juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .
Kurikulum
Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara
betul dan tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan
daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.
Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuankepada kemahiran bahasa,
iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu
secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran
seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan
rekreasi.
Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Negara
Bahasa Melayu mempunyai
lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu.
Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah
dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat
diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara
Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara
Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan
peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian,
bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi
memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam
Wawasan 2020. Melalui pendidkan, hasrat ini akan menjadi kenyataan.
Bahasa Melayu juga
berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam
masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia
dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan
kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa
ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.Bagi merealisasikan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara,
Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata
itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan
persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.
Bahsa Melayu memainkan
peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam
Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan
bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi
tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi
bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan
berdaulat.
BAHAGIAN B
Pengenalan
Bahasa
Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.Dengan
pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa
ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yangmendasari atau
pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayukhususnya di Malaysia
dengan menggunakan tatabahasa.Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah
tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan
difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk
mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa
mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan
kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan
atau hukum bahasa yang menentukanbahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan
atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,tatabahasa itu tidak lain daripada
himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan
sintaksis.
Konsep Tatabahasa
Secara
umumnya, tatabahasa bahasa
Melayu mencakupi dua bidangn iaitu Morfologi. Morfologi merupakan kajian
tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan mankala Sintaksis ialah kajian tentang
pembentukan ayat.
1. Morfologi
Morfologi merupakan
satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu
dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,proses-proses
perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935),
morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut
hadir di antara konstituennya. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.
·
Morfem
Morfem ialah unit
terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan
kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri
daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum".
"Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua
morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan
boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi
kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat atau imbuhan.
Morfem
Bebas
|
Morfem
terikat/imbuhan
|
Dapat
berdiri sendiri, misalnya minum, cuti, sekolah, periksa
|
Bentuk
imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber
dan sebagainya
|
Mempunyai
maksud sendiri
|
Tidak
mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem
terikat atau imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
·
Awalan. Ditambah pada
bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
·
Akhiran. Ditambah pada
bahagian belakang kata dasar. Misalnya perkataan "makanan, telahan"
·
Sisipan. Diselit di
antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
·
Apitan. Ditambahkan
serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam
permainan.
![](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.png)
MORFEM
--> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
1.2 Golongan kata
Golongan
Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
v Kata nama
v Kata kerja
v Adjektif
v Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu
terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata
Isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata
nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas"
pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan
sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan
semantik. Contoh golongan kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah:-
v Kata
nama
v Kata
kerja
v Adjektif
v Kata
sendi
v Kata
hubung
v Kata
seru
v Kata
tanya
v Kata
perintah
·
Sintaksis
Sintaksis
merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
v Ayat
Ayat ialah binaan yang
terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Jenis-jenis
ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah:-
§ Ayat
aktif
§ Ayat
pasif
§ Ayat
perintah
§ Ayat
nafi
§ Ayat
tanya
§ Ayat
songsang
§ Ayat
inti
§ Ayat
gabungan
§ Ayat
pancangan
§ Ayat
Tunggal
Contoh:
Ahmad
sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas
terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat
kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai
unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FS).
v Frasa
Frasa ialah satu binaan
atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau
jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang
diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya,
frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa
eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti.
Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur
inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sebuah
kereta lama (FN)
Manakala frasa
eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke
tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke
kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Kesalahan
Tabahasa Yang Dilakukan Dalam Bilik Darjah
1. Kata mereka tidak boleh digunakan
untuk benda dan binatang.
Contoh:
Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
Ayam-ayam
itu dikurung. Ayam-ayam itu akan
disembelih. ( betul )
Buku-buku
ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
2. Kata
mereka tidak boleh diulang.
Contoh:
Mereka-mereka yang ditawan berada dalam
keadaan selamat. ( salah )
Mereka yang ditawan berada dalam keadaan
selamat. ( betul )
3. Kata ganti ia dan nya tidak boleh
digabungkan.
Contoh:
Kalau
tidak dirawat mungkin ianya akan
lumpuh. ( salah )
Kalau
tidak dirawat mungkin ia/ dia akan
lumpuh. ( betul )
Kucing
itu mati kerana ianya dilanggar
kereta. ( salah )
Kucing
itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
4. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap,
berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
Salah
Betul
a. setengah orang a.
setengah-setengah orang
b. tiap murid b.
tiap-tiap murid
c. berbagai warna c. berbagai-bagai warna
d. kedua mempelai d.
kedua-dua mempelai
Rumusan
Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor
berimpak tinggi seperti di institusi pengajian tinggi amat perlu bagi
memanfaatkan secara optimum akan upaya bahasa tersebut di samping terus membina
tamadun ilmu di negara ini.
No comments:
Post a Comment