BAHAGIAN A
1.0 Pengenalan
Pada tahun 1968, Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa rasmi di negara Malaysia dan ia dapat dilihat pada
tutur katanya, morfologi dan juga kosa katanya. Perkembangan Bahasa Melayu amat
perlahan tersebar jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Gagasan
1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak adalah amat bermakna bagi semua kaum di negara Malaysia. Perbezaan
bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha memurnikan kerajaan ini kerana kita
adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia. “Isu-Isu Bahasa
Melayu Sebagai Wadah Penyatuan Bangsa Cetusan” idea Perdana Menteri Malaysia
melalui Gagasan 1 Malaysia adalah keinginannya untuk membentuk satu identiti
masyarakat Malaysia melalui budaya. Tambahan pula, aspek terpenting untuk membentuk
satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara.
2.0 ( i ) Tiga Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
di Sekolah
Bahasa memainkan peranan
yang amat penting dalam masyarakat apatah lagi dalam masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa, berbilang agama dan mengamalkan cara hidup yang
berlainan. Salah satu fungsi Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di
sekolah adalah agar para pelajar dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan
berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis dan tidak hanya terhad
kepada bahasa ibunda mereka sahaja.
Selain itu,
Bahasa Melayu juga dapat memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan. Ini adalah kerana mereka dapat memahami
Bahasa Melayu, mereka akan dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang
terdapat dalam pasaran dan ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan
membaca dalam kalangan mereka. Seterusnya, para pelajar juga dapat mengenali
dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
Dengan mempelajari tatabahasa, para pelajar dapat mempelajari teknik penulisan
yang betul serta penggunaan kata yang tepat dan bersesuaian.
Fungsinya
yang kedua ialah Bahasa Melayu dapat memperkembang kekuatan imaginasi,
kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti
bertutur, membaca, dan menulis di kalangan pelajar. Setelah mempelajari konsep
tatabahsa, proses penulisan para pelajar akan lebih tepat dan gramatis. Kesannya,
para pelajar dapat menghasilkan karya yang baik dan yang dapat difahami oleh
semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum contohnya kaum Cina, kaum India dan
sebagainya.
Para
pelajar dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,
dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
dalam menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya berunsur ilmu; menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara dan ia tidak hanya terhad
kepada bahasa ibunda kaum masing-masing.
Bahasa
Melayu berupaya melambangkan kehalusan kesopanan dan tingkah laku seseorang
penutur. Seseorang yang menjiwai bahasanya sering menuturkan bahasa dengan
sopan agar dianggap berbudi bahasa dan tidak dianggap biadab . Ketinggian nilai
budi bahasa dalam masyarakat Melayu dapat dilihat daripada pelbagai ungkapan
dalam persuratan Melayu lama seperti pantun, syair, peribahasa dan kiasan.
Kiasan Melayu merupakan bahasa sindiran yang halus dan sarat dengan
pengajarannya. Oleh hal yang demikian, kiasan Melayu berfungsi sebagai lambang
kesopanan dan kehalusan budi pekerti masyarakat yang mendukungnya. Ketajaman
kiasan Melayu menjadi faktor penting dalam komunikasi orang Melayu, malah
kiasan itu dilihat mampu memberikan kesan atau mesej yang kekal dalam diri
individu. Kehalusan dan kesantunan bahasa melambangkan kandungan pemikiran,
sikap dan tingkah laku penutur yang dipengaruhi masa dan ruang. Meminjam puisi
Usman Awang (1988), antara lainnya mengungkap:
Melayu itu maknanya bijaksana;
Jika menipu pun bersopan;
Kurang ajarnya tetap santun;
Dajalnya cukup selamba;
Budi bahasa jangan dikira;
Beraninya cukup benar;
Tunduk bila bersalah;
Lembutnya cukup jantan;
Berkelahi cara Melayu;
Menikam dengan pantun;
Menyanggah dengan senyum;
Marahnya dalam tertawa;
Merendah bukan menyembah;
Meninggi bukan melonjak.
Begitu unik dan istimewa
bangsa Melayu, sekalipun bertarung mereka masih boleh berpantun walaupun dalam
bentuk yang sungguh sinikal. Menghayati bahasa sebagai jati diri bangsa
bermakna kita menghayati setiap aspek bahasa yang dapat mencerminkan identiti
atau jati diri bangsa itu sendiri.
Seterusnya, Bahasa Melayu
merupakan lambang jati diri, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar ilmu
pengetahuan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia. Maka, Bahasa Melayu
dapat bertindak sebagai medium dalam menyatupadukan semua lapisan rakyat
Malaysia. Proses menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara
adalah sangat penting bagi membentuk rakyat “Satu Malaysia”. Penggunaan bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi ini perlu ditekankan di kalangan rakyat Malaysia. Seperti
yang dimaklumkan, Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan sangat
memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula mudah difahami oleh
setiap kaum.
Sesungguhnya
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah mengiktiraf dan mengisytiharkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara Hal ini agar
Bahasa Melayu dapat mewujudkan integrasi nasional di antara negeri-negeri di
Malaysia. Bahasa yang mudah difahami oleh semua rakyat dapat menghasilkan satu bentuk
komunikasi yang berkesan. Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting bukan
sahaja dalam meningkatkan perpaduan tetapi juga memenuhi keperluan manusia.
Perpaduan adalah signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara yang maju
mengikut acuan sendiri. Justeru itu,
Bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai asas
pembinaan negara. Tambahan pula, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati
negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Jika tiada
persefahaman dalam bahasa, negara akan menjadi kucar-kacir kerana wujudnya
salah faham. Contohnya pergaduhan di pasar, pejabat mahupun sekolah.
( ii ) Tiga Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem
Pendidikan
Bahasa Melayu memainkan
peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan iaitu perkara yang terkandung
dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan 1961 setelah melaksanakan syor yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Maka, salah satu kepentingan Bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan kita adalah kepentingannya sebagai bahasa pengantar di
Malaysia dalam penerapan nilai-nilai aspirasi.
Bahasa
Melayu mula berperanan penting sebagai bahasa pengantar sejak Penyata Razak
(1956) dilaksanakan. Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar sama
ada di sekolah, maktab, politeknik ataupun universiti. Contohnya, dengan Penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga masa kini,
universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan
dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis yang disertai pada peringkat ijazah sarjana
dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, malahan ratusan profesor telah
menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua
perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi juga melibatkan
semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa
Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaanya sebagai bahasa ilmu dan
bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bahasa Melayu
berperanan sebagai alat pengisian fikiran dan melahirkan pendapat. Ini bersesuaian
dengan nilai-nilai aspirasi iaitu nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat
progresif dan dinamik yang akan menggalakkan negara ke arah mencapai status
negara maju melalui sistem pendidikan serta membantu mewujudkan tenaga kerja
yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global ini. Hal ini
seterusnya dapat membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang
lebih kukuh dan mantap.
Bahasa
Melayu juga penting sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu adalah bahasa yang
digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Perkara
152 Perlembagaan Negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu. Dasar Pendidikan
Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada Bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila
wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut mengenai peruntukan bagi
perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dimana bahasa
kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama dalam institusi pendidikan.
Menurut
ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan bahawa Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu ialah peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti
fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan,
dan agama. Di sini, dapat dinyatakan bahawa Bahasa Melayu atau bahasa
kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain daripada segi kesediaan
menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin
pengukuhannya di sisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara.
Ciri-ciri
yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu
kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. Bahasa
Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju
dalam mencapai bahasa ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga
dengan tahap pencapaiannya. Oleh yang demikian, Bahasa Melayu mampu
merealisasikan Wawasan 2020 melalui bahasa yang boleh membawa kemajuan dengan
semangat usaha dan kejayaan semua kaum bersama-sama.
Seterusnya,
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan adalah
pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama
dalam usaha negara menuju kecemerlangan sejak tercapainya kemerdekaan negara.
Tanpa perpaduan yang luar biasa ini British tidak akan menyerahkan pentadbiran
Tanah Melayu kepada orang Malaysia sendiri. Namun dengan kepercayaan dan
perpaduan orang-orang terdahulu yang bersama-sama pemimpin mereka telah
mengembalikan hak pemerintahan tanahair yang tercinta ini. Demi mencapai
kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu. Setiap
warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing, Ini dimulakan dengan
pembentukan sikap penerimaan antara kaum bersama pemimpin yang membawa kepada
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka pembangunan negara juga
secara langsungnya tercapai. Akhirnya wujudlah kuasa momentum yang hebat
bermula daripada dasar perpaduan yang kuat dan sentiasa memerlukan. Oleh itu, Bahasa
Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa perpaduan.
BAHAGIAN B
1.0 Pengenalan
Para sarjana mempunyai
definisi yang berbeza dalam mentafsir konsep tatabahasa. Arbak Othman (1983) menyatakan
bahawa tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan
bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk
menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Menurut pernyataannya lagi, tatabahasa
tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya
berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara
satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi, tatabahasa
dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. Tegasnya,
perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan
sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumusan-rumusannya dengan cara meneliti
bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi.
Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah
mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan
memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan,
proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat. Secara
kesimpulannya, tatabahasa terdiri daripada dua komponen yang utama, iaitu
morfologi dan sintaksis.
2.0 Konsep Tatabahasa
Secara amnya, tatabahasa
terdiri daripada dua komponen yang utama, iaitu morfologi dan sintaksis
( i )Morfologi
Dalam morfologi, morfem
ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh
dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata
tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem misalnya perkataan diri. Perkataan diri ini tidak akan berfungsi
dan memberi makna jika dipecahkan kepada di dan ri. Sebaliknya, kata berdiri boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu ber dan diri. Kesimpulannya, perkataan
boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem
Terdapat dua jenis morfem
yang utama, iaitu morfem bebas dan juga morfem terikat atau imbuhan.
Morfem
Bebas
|
Morfem
terikat/imbuhan
|
Dapat
berdiri sendiri, misalnya perkataan minum, pergi, hospital, guna
|
Bentuk
imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber dan sebagainya
|
Mempunyai
maksud sendiri
|
Tidak
mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah
makna sesuatu perkataan dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem imbuhan atau terikat
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Jenis Morfem Terikat
|
|
Awalan
|
Ditambah pada bahagian hadapan kata dasar. Contohnya
perkataan menulis dan perkataaan menyanyi.
|
Sisipan
|
Diselitkan antara unsur-unsur kata dasar.
Contohnya perkataan kelumumur.
|
Akhiran
|
Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Contohnya
perkataan minuman, makanan.
|
Apitan
|
Ditambahkan pada bahagian belakang dan depan kata
dasar secara serentak. Contohnya dipelajari, pekerjaan.
|
Golongan Kata
Menurut Tatabahasa Dewan,
Edisi Keempat, semua perkataan dalam Bahasa Melayu dapat digolongkan ke dalam
empat kumpulan, iaitu Kata Nama (termasuk Kata Ganti Nama), Kata Kerja, Kata Adjektif
dan Kata Tugas.
1. Kata Nama
Kata nama
am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya secara umum.
2. Kata Kerja
Kata kerja
merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang
berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, menulis, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi
kepada kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif
( Perbuatan tidak Melampau ).
3. Kata
adjektif
Kata
adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam
frasa adjektif seperti manis sekali, lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata
dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau
frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului dengan
kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak atau benar.
4. Kata tugas
Kata tugas ialah golongan
perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu
tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam
ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung,
penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar
pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat tujuh belas jenis kata tugas yang telah dikenalpasti dalam
bahasa Melayu: Kata adverba, Kata hubung, Kata sendi, Kata seru, Kata bantu,
Kata perintah, Kata pangkal ayat, Kata bantu, Kata penegas, Kata penguat, Kata nafi, Kata pemeri, Kata pembenar, Kata
arah, Kata bilangan, Kata penekan dan
Kata pembenda.
( ii )Sintaksis
Sintaksis merupakan satu
bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat
gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan
terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna. Terdapat
pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini. Antaranya definisi
dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu
sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama–sama”.
Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan
kata–kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Ayat
Sebenarnya terdapat
banyak takrif atau definisi tentang ayat, kesemuanya bergantung kepada
teori-teori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa. Ayat ialah suatu
bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan perkataan yang tersusun
dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Mengikut pernyataan Asraf ( 2007),
jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja
iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. Jenis-jenis ayat yang terdapat dalam
Bahasa Melayu adalah seperti:
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
![*](file:///C:\Users\Lilian\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image001.gif)
Dia sedang memakan nasi goreng.
Contoh ayat di
atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:
(i)
Dia sedang
dan
(ii)
memakan nasi goreng.
Bahagian
subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat Bahasa
Melayu.
Frasa
Dalam
tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan
atau rentetan beberapa patah perkataan yang berfungsi sebagai konstiten dalam
ayat, sama ada sebagai subjek, predikat,
objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang
boleh dikatakan sebagai satu ayat. Terdapat 4 jenis frasa: iaitu: Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).
Contoh : Nasi goreng ( Frasa Nama)
: Kasut merah (Frasa
Adjektif)
: Di antara sekolah (
Frasa Sendi Nama)
: Kebanjiran penduduk (
Frasa Kerja )
Frasa dapat dibahagikan
kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa
endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini
mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Frasa
Nama, Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama pula ialah frasa endosentrik. Ini kerana
kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa
itu. Frasa eksosentrik ialah
frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti, contohnya ke tandas dan di sekolah. Kewujudan
sendi nama “di” bergantung pada sekolah dan “ke” pada tandas. Oleh itu, frasa
jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu
unsur luaran.
(
3.0 ) Empat Kesalahan Tatabahasa Yang Dilakukan Dalam Bilik Darjah
1. Penggunaan
kata sendi “dari” dan “daripada”. Kata sendi “dari” digunakan untuk tempat dan
waktu. Perkataan “daripada” digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian,
benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Ayat yang salah.
|
Ayat yang betul.
|
Ahmad datang daripada
Batu Caves.
|
Ahmad datang dari Batu Caves.
|
Siti menunggu Yusni daripada pukul tiga.
|
Siti menunggu Yusni dari pukul tiga.
|
Ella menerima surat dari Elva.
|
Ella menerima surat daripada Elva.
|
Dia mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang dibaca.
|
Dia mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang dibaca.
|
Seluar yang dipakai oleh Nurul dibuat dari sutera.
|
Seluar yang dipakai oleh Nurul dibuat daripada sutera.
|
Dari 10 ekor anak kucing, hanya seekor yang hidup.
|
Daripada 10 ekor anak kucing, hanya seekor yang hidup.
|
2. Kata sendi “di” digunakan untuk tempat sahaja. Kata sendi
“pada” digunakan untuk masa, orang,
binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
Di musim buah-buahan, Zaidi mendapat
banyak wang. ( salah )
Pada musim buah-buahan, Zaidi mendapat
banyak wang. ( betul )
Abu
berkebun pada belakang rumah. (
salah )
Abu
berkebun di belakang rumah. (
betul )
Dengan pendapat Aminah, kerja itu perlu
dibereskan. ( salah )
Pada pendapat Aminah, kerja itu perlu
dibereskan. ( betul )
Buku cerita itu ada dengan Susan ( salah )
Buku
cerita itu ada pada Susan. ( betul )
3. Kata “ ke” digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata “
kepada” pula digunakan untuk benda
bernyawa.
Contoh:
Wang itu diberikan ke rumah yatim. ( salah )
Wang itu diberikan kepada rumah yatim. ( betul )
Ibu
saya pergi kepada pasar setiap hari.
( salah )
Ibu saya pergi ke pasar setiap hari ( betul )
Latihan pasukan pancaragam itu akan diadakan
dari semasa kepada semasa. ( salah )
Latihan pasukan pancaragam itu akan
diadakan dari semasa ke semasa. (
betul )
4. Kata kerja transitif yang
berapitan “men…kan” dan “men…i” berbagai-bagai maknanya dan mesti
digunakan dengan berhati-hati. Para pelajar sering keliru akan penggunaannya.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Halim memberikan
Sella sekuntum bunga.
|
Halim memberi
Sella sekuntum bunga.
|
Pak
Hanim mengambilkan
segelas air untuk Ismail.
|
Pak Hanim mengambilkan
Ismail segelas air.
|
Baginda mengurniakan
Menteri Besar itu bintang kebesaran.
|
Baginda mengurniai
menteri besar itu bintang kebesaran.
|
Hakim menjatuhkan
perogol itu penjara seumur hidup.
|
Hakim menjatuhi
perogol itu penjara seumur hidup.
|
Sampah sarap mengotorkan
taman bunga itu.
|
Sampah sarap mengotori
taman bunga itu.
|
Yan menasihatkan
adiknya agar rajin belajar.
|
Yan menasihati
adiknya agar rajin belajar.
|
4.0 Rumusan
Keistimewaan
yang dimiliki oleh bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca membolehkannya
ditutur oleh semua kaum dan melayakkannya mewakili seluruh etnik di Malaysia. Kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dalam beberapa usaha yang
dijalankan oleh kerajaan. Peranan
bahasa Melayu dalam membina perpaduan kaum perlu dipertahankan dan
dipertingkatkan seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara. Usaha memupuk perpaduan perlu mendapat kerjasama dari
semua pihak selain daripada peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu dalam
memartabatkan penggunaannya sebagai bahasa perpaduan. Selain itu, Bahasa Melayu
berperanan sebagai bahasa ilmu dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para
pelajar tidak kira tua atau muda. Oleh itu, setiap orang perlulah menguasi
Bahasa Melayu untuk memajukan diri, keluarga dan juga negara. “Bahasa Jiwa Bangsa”.
No comments:
Post a Comment